Inside My Head

Inside My Head
Berkongsi Cerita Pada Yang Sudi

Wednesday, November 3, 2010

'Abah.. bagilah balik tangan Ita"......................isk..isk...isk...

Ini adalah kisah yg saya baca dari kiriman kawan di fesbuk...sungguh menyayat hati...cuba lah baca..mesti korang akan turut tersentuh...semoga kisah ni menjadi iktibar kepada kita semua...mana yg ada anak tue...didik lah dengan cara yg betul...



Ini sebuah kisah yang bisa mengundang air mata siapa sahaja yang membacanya. Kisah ini saya dapat dari seorang rakan melalui e-mail. Setiap kali membaca kisah nie mesti bergenang air mata. Walaupu manusia memang sering melakukan kesilapan...mungkin ada kesilapan yang dilakukan boleh di maafkan atau diperbetulkan semula..dan mungkin juga ada kesilapan yang dilakukan bakal mengundang kekesalan yang tidak berpenghujungnya. Kerana itu Allah telah memberi akal kepada setiap manusia supaya boleh menilai menimbang dan berfikir sebaik-baiknya dalam melakukan sesuatu samada baik atau sebaliknya..terlajak perahu boleh diundur..terlajak perbuatan..sesal selamanya...
Kisah Si Kecil Ita...

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.

Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..!

''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi.

Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.

Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.

Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.

'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.

Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihat kedua- dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...

'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...." (,")(",)


keje..keje..dan keje lagi...

ari2 keje..kadang2 sampai nak termuntah aku ngan keje..huhuhu bukan per...time blaja dulu sibuk nak keje..bila dah keje mula sibuk nak sambung blaja lah nak duk relaks lah...adesss ni kes MALAS sebenarnya,..huhuhu...esok kena bawa dania check-up lak...pastu khamis terpaksa amik cuti sbb xde sape nak jaga dania..akak ipar aku yg jaga dania ada hal lak..so terpaksa lah aku amik cuti...ari jumaat lak cuti ari deepavali...yaeyy lamanya aku cuti dis week..hehheeh...pastu mggu dpn balik kg....ari ahad mak ayah aku nak wat kenduri Akikah...pastu ari rabu berikutnya dah raya haji....perghhh cepatnya masa berlalu ek...rase cam saki baki raya puasa aritue masih ada lg..hehehhe...yg pastinya sekarang kita dah masuk bulan 11...bulan depan dah bulan 12...genap setahun lah umur dania...apa perancangan yg bagus ek utk raikan ulang tahun kelahiran dania?hurmmm nanti lah aku pk2 kan mana yg sesuai....ni gambar dania yg baru jugaklah....

ni gambar dania kat umah akak ipar aku

ni pulak dania test main buaian kat carre4..nak beli pk 10x...hehheheh

Monday, November 1, 2010

cerita kisah budak ghaib....

lau korang baca tajuk jer mesti dapat tangkap siapa dan kat mana kan...tp lau saper yg xdapat tangkap tu...mungkin xmengikuti berita semasa yg sering terpampang di dada akbar dan di berita2 tv termasuklah segmen ilmu alam ghaib lau xsilap..yg disiarkan di saluran tv3...ok berbalik kepada cerita mengenai kisah budak ghaib waktu senja...aku agak tertarik mengikuti perkembangan kisah ini...nama budak tue ialah Siti Balqis...last aku baca tentang desas desus komen drpd pembaca berita harian ialah pagi td..huhuhu...komennya ialah "rakyat malaysia tertipu mengenai kisah misteri ghaib siti balqis...sebenarnya dia dilarikan oleh jin ekspress..bukannya jin berbulu hitam.." ayat dia lebih kurang camtu ler..sbb aku xingat satu persatu..huhuhu...tergelak aku baca..sbb xsangka rupanya dia tipu...bukan main lg ckp kat mak dia dia berada di gua jerai kat kedah..dilarikan oleh jin berbulu hitam...pastu selang 2hari di bawa oleh jin islam dalam perjalanan pulang dan berada di tasik apa ntah di perak...tup2 polis dapat kesan budak ni kat n9 atas maklumat drpd org awam...rupa2nya dia berada di rumah kawan dia...siap menipu lg ckp mak dia dah meninggal dan tinggal bersama mak sedara..rumah besar siap ada orang gaji bagai..aduh...short ke apa nie...ntah2 tekanan perasaan agaknya...so mcm mana dgn kisah yg sblm2 nie...yg hilang pastu jumpa dkt atas pokok lah..kubur lah...kat dlm almari lah..hurmmm..pastu batu permata yg jatuh dr siling rumah tue?bomoh2 dan pengamal perubatan islam yg turut membantu tue?semuanya meninggalkan seribu pertayaan...sape nak jawab?hehehehe
menurut akbar pada jumaat lps..komen drpd pengamal perubatan islam terengganu,budak tue memang ada gangguan...dan perlu buat rawatan perubatan berterusan...ada juga ditulis didalam akbar tersebut yg budak tue perlu mendapat rawatan di psikiatri...sian budak nie...kenapa yer benda2 camni leh berlaku kat dia...so lau korang yg mengikuti perkembangan cerita pasal budak nie,lau nak komen or pandangan leh la share2..huhuhu

Friday, October 29, 2010

akhirnyaaaaa....

keputusan yg terpaksa aku buat ialah...hanya jd urusetia sehingga ptg ini sahaja...yeah....rase terkilan juga sbb xdpt nak menghadiri kursus ini sepenuhnya...tp apakan daya dah suami xbagi....yer la anak lg sape nak jaga..lau di maklumkan awal2 InsyaAllah dapat mengikuti kursus ni sampai ke majlis penutup...tp last minute mana boleh....aktiviti ni memang sgt menarik dan seronok..yer la..aku pun suka aktiviti lasak2 nie...tp bila dah berkeluarga n dah ada anak kecil,susah la...tambahan pula masuk hutan...pegawai aku siap suruh aku bawa anak n husband lg dtg sini gara2 nak suh aku handle jd urusetia sampai majlis penutup...tp husband aku xbg...anak aku baru jer lps baik ni..so xmo la apa2 yg tidak diingini berlaku...yer la ni kan kawasan hutan...kita bukan tau apa2...huhuhuhu....so jap lg aku uruskan pendaftaran peserta la...pastu ada taklimat n sesi suai kenal...so lps tue balik...yeahhhh....mlm ni cam nak balik kg...cam husband aku nak jer..dia xsihat...mesti xlarat nak drive jauh2..aku pun xberapa nak sihat gak nie...sakit tekak n batuk2...nasib baik xdemam lg..cuma skit2 jer...hope cepat sembuh...

Thursday, October 28, 2010

arghhh what can i do....

serabut dibuatnya....mana xnya dah la xdiberitahu apa yg patut,bila,kat mana,buat apa,berapa lama,kena bermalam ker dll....tau2 pegawai aku bgtau,awak jadi urusetia kursus esok sampai jumaat..dammmm......terus otak aku melayang2 teringatkan anak dan suamiku....hati aku tul2 menjerit2 xpuas ati..kenapa xde perbincangan awal atau arahan lebih awal...bukannya diaorg xtau aku ada anak kecil...sape nak jaga lau aku terpaksa bermalam..nak bawa macam xsesuai lak..xkan lah aku nak menggendong anak kesana kemari semasa kursus..nak tinggalkan anak bg husband jaga....ooohhh tidak....husband aku mesti xsanggup sbb anak aku masih kecil...lau dah besar n boleh wat semua sendiri mungkin boleh...lau aku tinggalkan pada org lak...lg xsanggup...pening aku dibuatnya...lau aku x g nanti apa lak kata pihak atasan aku...xpasal2 kang keluar memo lak..adesss....'what can i do?????????????"

Ari kerajinanku...

ni la ari kerajinan bg aku...sbb aku jenguk gak blog aku yg dah lama terbiar...so update mana yg patut...ni gara2 fb di block oleh hr opis aku...so pas ni nampaknyer aku layan blog jer la..huhuhu..perkembangan cerita terbaru xbanyak juga..sama seperti biasa...warna warni kehidupanku sentiasa ceria...Alhamdullillah...harapnya korang pun sama...sentiasa ceria dan diberkati oleh Allah S.W.T....Dan pada para pengunjung blog aku nie,thanks alot n jenguk2lah lagi..hehhehehe....