Inside My Head

Inside My Head
Berkongsi Cerita Pada Yang Sudi

Wednesday, July 27, 2011

Kuih Apam Polka Dot

kali ni saya nak kongsi cerita mengenai kuih apam polka dot yg baru saya wat baru2 nie...sebenarnya saya tak pernah pun mencuba buat kuih ni sblm nie...baru-baru nie jer dtg mood rajin nak wat...maka jadilah kuih apam polka dot...Alhamdullillah menjadi....incik suami rase pun dia ckp "boleh tahan sedap"...huhuhuhu kat bawah ni lah gambar sebahagian apam polka dot yg aku buat tue....
comelkan...hihihi..nanti nak try wat lady bird lak...hihihi...nanti dah wat saya upload kan yer...


Monday, July 18, 2011

besday mak mentua...

semalam adalah ulangtahun kelahiran mak mentua aku...just simple present for her...coklat yg aku buat sendiri khas utknya....




HAPPY BESDAY MAK...semoga sihat2 selalu,dipanjangkan umur dan sentiasa diberkati oleh Allah S.W.T...dan pada 25hb ni pulak besday ayah aku...xkan nk wat coklat lg...father's day aku dah bg coklat..tp time tue aku tempah ngan orang...hurm.....oh yer...dibawah ini ada gambar terbaru dania yg gayanyer cam org besar...dia bergambar dgn sepupunya...
huhhu...jap jer aku rase bila tgk anak aku ni dah besor...aku harap cepatlah dania pandai ckp...xsabar nak dgr dia bercerita dgn aku...sekarang lau dia bercerita guna bahasa jerman..susah aku nak faham...kihkih....pape pun mama syg sgt2 anak mama nie...muaappphhhh......;)



Wednesday, July 13, 2011

lamenyer xupdate...huhuhu

ermmm...memang agak lama xupdate blog ni...urat mls terlebih lak...huhuhu
yg menariknya kisah terbaru aku,aku dah pandai wat coklat homemade....sgt teruja bila deco2 coklat ni...tp first time agak comot skit la...huhuhu..ni ada beberapa gambar hasil coklat yg aku buat..ini diajar oleh Pn.Norin...pengasuh anak aku sendiri..thanks kak...;)




cun x?huhuhu...rasenya jgn ckp lah...memang sedap...huhuuu...










Wednesday, December 1, 2010

think about it

take each day
1 @ a time
1 day @ a time - this is enough
do not look back
n grieve over the past
...for it is gone
do not be troubled
about the future
for it has yet to come
live in the present
n make it so beautiful
that it will be worth
remembering......

Friday, November 19, 2010

aidil adha...

entry kali nie aku nak citer pasal sambutan hari raya aidil adha aku pada tahun ini....huhuhu
lau naik ikutkan tahun nie raya haji dgn family aku dulu..tp masalahnya husband aku xleh cuti...hanya cuti sehari tue pun cuti umum...so husband ckp xblk kg lah..aku pun sedih arr....sampai nangis tue...huhuhu husband aku pun terus call mak aku kat kg bgtau aku nangis xdpt balik raya....sengall tul lah..huhuhu....last2 mak mentua ngan abg ipar aku dtg singgah umah sewa aku kat langat...so keputusan kami,balik beraya kat gombak jer lah...kul 11.30 mlm gitu kitaorg gerak blk gombak...pagi raya,siap2 gosok2 baju,siapkan anak aku....aku pun duk kat husband aku..husband aku gelak2..yer arrr muka aku xdpt blk raya kat kg...sedih jer..huhuhu..mak mentua aku lak keje masuk kul 10pg..so aku ckp kat husband aku...jom blk phg arr..huhuhu...husband aku pun ckp,lau nak balik,siap2 pastu mlm nanti blk semula kl..sbb esok kena keje...aku suh husband aku cuti gak..dia ckp xleh..sbb skrg bos baru...so aku pun ikut jer la..drpd xbalik langsung baik balik..huhuhu....gembiranya hati bukan main lg..huhuhu..sampai kg kul 12 lbh tghari...mak aku terkejut tgk kami balik..sbb dah bgtau xbalik..ayah aku pun baru balik dr tolong org kat majlis korban..suke tgk kami balik....so dapatlah aku beraya bersama mak ayah aku kat kg..apa lg...daging korban byk dan tulang2..so mak aku wat sup tulang...sedap...aku pun celur bihun...makan ngan sup tulang....perggghhh bertambah2 aku....malam kul 9lebih baru gerak balik kl..dalam perjalanan balik aku memang mengantuk sgt2..anak aku biasa arr dalam keta mesti tdo..so aku pun mengambil kesempatan itu untuk tidur..huhuhu...sian husband aku drive sorang2....aku tau dia pun ngantuk...tp aku lg2 lah ngantuk..huhuhu..Alhamdullillah sampai umah dalam kul 12lbh...siap2 terus nak tdo...kul 2 terjaga...anak aku xleh tdo...menangis2...mungkin kembung kot...ni badan dia panas...harap2 xberlarutan lah....amin...

Friday, November 5, 2010

dugaan yang mendatang...

hidup ni memang byk tul dugaan yg terpaksa ditempuh...kadang2 aku xterdaya utk melawan dugaan yg mendatang...terasa terlalu kerdil di dunia sendiri...terlalu terhimpit dengan apa yang dilalui...ku pujuk hati lalu berkata.."hidup mesti diteruskan selagi itu ketentuan dari-Nya...semoga hari2 mendatang aku akan lebih tabah melalui liku2 kehidupan yang belum pasti ada atau tidak lg untukku di esok hari....

Wednesday, November 3, 2010

'Abah.. bagilah balik tangan Ita"......................isk..isk...isk...

Ini adalah kisah yg saya baca dari kiriman kawan di fesbuk...sungguh menyayat hati...cuba lah baca..mesti korang akan turut tersentuh...semoga kisah ni menjadi iktibar kepada kita semua...mana yg ada anak tue...didik lah dengan cara yg betul...



Ini sebuah kisah yang bisa mengundang air mata siapa sahaja yang membacanya. Kisah ini saya dapat dari seorang rakan melalui e-mail. Setiap kali membaca kisah nie mesti bergenang air mata. Walaupu manusia memang sering melakukan kesilapan...mungkin ada kesilapan yang dilakukan boleh di maafkan atau diperbetulkan semula..dan mungkin juga ada kesilapan yang dilakukan bakal mengundang kekesalan yang tidak berpenghujungnya. Kerana itu Allah telah memberi akal kepada setiap manusia supaya boleh menilai menimbang dan berfikir sebaik-baiknya dalam melakukan sesuatu samada baik atau sebaliknya..terlajak perahu boleh diundur..terlajak perbuatan..sesal selamanya...
Kisah Si Kecil Ita...

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.

Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..!

''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi.

Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.

Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.

Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.

'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.

Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihat kedua- dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...

'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...." (,")(",)