Inside My Head

Inside My Head
Berkongsi Cerita Pada Yang Sudi

Tuesday, November 1, 2011

Resepi Kuih Apam Polka Dot..

entry kali ni saya masukkan resepi kuih apam polka dot untuk semua yg sedang mencari-cari..sbb sy perhatikan kebanyakkan yg singgah blog sy sbb search kuih apam polka dot..so ni ler resepi yg saya copy di website lain..mls nak taip sendiri sbb saya pun dulu try wat amik dr resepi nie...so sama jer la kan..hehehhehe...try la..memang senang dan sedap..lgpun bahan2 dia xlah susah sgt...






Bahan-bahan:


3 biji telur gred A (dari peti sejuk)

275 gm tepung gandum

220 gm gula halus

150gm susu segar/ susu cair (susu sejat)

3 sudu teh baking powder

1 sudu kecil ovallete

Filling strawberi/blueberi/ ikut suka - secukupnya Pewarna ikut suka


Cara penyediaan:


Masukkan kesemua bahan kecuali pewarna dan filling ke dalam mangkuk dan pukul dengan mixer pada kelajuan paling tinggi selama 6 - 8 minit.

Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna mengikut suka.

Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).

Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan sehingga 1/4 penuh. Picitkan filling secukupnya pada bahagian tengah.

Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.

Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.

Ulang hingga habis.Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
Guna api sederhana. Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam merekah.

Selamat mencuba..


dan ini adalah hasil yg saya telah buat dulu...menarik x?hihihi




No comments:

Post a Comment

dari kotak fikiran anda...